Tuesday, 20 October 2015

Muffin

Sunday, 27 September, 2015 (13 Zulhijjah, 1436)

Chocolate Chips Muffin

Setiap kali buat muffin chocolate chips ibu tak pernah beralih kepada resepi lain. Ibu dan anak-anak serta kawan-kawan anak ibu semuanya sukakan dengan chocolate chips muffin nie. Pendek kata sangat sedaplah. Terimakasih ibu ucapkan pada mamafami diatas resepi yang sedap nie




Resepi Chocolate Chips Muffin
Sumber: mamafami.blogspot.com

Bahan A:
1 3/4 cawan tepong gandum
1/4 cawan serbok koko
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bicarbonate
1/2 sudu kecil garam (ibu guna 3/4)
1 cawan gula kastor

Bahan B:
1 biji telor (ibu guna A)
1 cawan susu segar
1/3 cawan minyak sayur / masak
1 sudu kecil esen vanilla

Bahan C:
3/4 cawan chocolate chips

Bahan D:
Cawan kertas secukupnya

Cara:
Sediakan muffin tray 16 lubang 
Panaskan ketuhar pada suhu 170C
Didalam mangkuk besar ayak bersama (Bahan A) tepong gandum, serbok koko, baking powder, soda bicarbonate dan garam 
Masukkan gula. Gaul rata menggunakan hand whisk
Didalam mangkuk yang lain satukan (Bahan B) telor (pukul sikit), susu segar, minyak dan esen vanilla. Gaul Rata
Masukkan bahan B kedalam bahan A. Gaul hingga sebati
Masukkan chocolate chips. Gaul rata
Tuangkan adunan kedalam muffin tray. Bakar hingga masak

Nota ** Ibu menggunakan suhu 150C dan bakar pada 12 minutes sahaja **





Kek Lapis

Sunday, 27 September, 2015 (13 Zulhijjah, 1436)

Kek Lapis Span Vanilla

Kek span vanilla 3 lapis diselaputi dengan fresh cream. Ibu masih lagi dalam pembelajaran dalam membuat kek-kek seperti ini. Kek nie terhasil atas usaha sama ibu dan anak.





Resepi Kek Span Vanilla
Sumber: maklangazie.blogspot.com

Bahan A:
6 biji telor (ibu guna A)
100 gm gula halus
100 gm tepong hong kong (maklang guna tepong gandum)
60 gm tepong jagung
50 gm air sejuk
1 sudu teh baking powder
2 sudu makan ovalette
75 gm mentega cair (ibu guna minyak)

Bahan B:
700 ml - 1 liter non dairy whipping cream (dipukul sehingga kental)

Cara:
Masukkan semua bahan-bahan kecuali mentega cair dan putar sehingga pekat dan putih gebu
Perlahankan putaran dan masukkan mentega cair. Gaul hingga sebati
Tuang adunan kedalam loyang 9 atau 10 inci yang telah digris dan lapik kertas.
Bakar pada suhu 180C selama 45 minutes atau sehingga masak
Keluarkan kek dari ketuhar dan telangkupkan . Setelah 5 minutes pusingkan pada kedudukan asal.
Tujuannya supaya kek tidak mendap
Potong kepada 2-3 bahagian.
Ambil 1 bahagian kek letak diatas papan kek dan sapu dengan whipping cream
Buat yang sama pada lapisan kedua.
Untuk lapisan akhir sapu whipping cream pada keseluruhan kek dan hiaslah seperti yang anda suka








Cup Cake

Saturday, 19 September 2015 (5 Zulhijjah, 1436)

Cup Cake Kelapa

60 biji cup cake kelapa dibeli oleh Kak Latifah, Kawan ibu kat tempat kerja. Kak Latifah memang suka sangat dengan cup cake kelapa nie. Tapi kali nie Kak Latifah beli untuk anaknya yang sedang mengandung. Teringin sangat nak makan katanya. Alhamdulillah 

Cup cake yang sangat sesuai untuk apa-apa jenis majlis sekalipun. 





Resepi Cup Cake Kelapa
Sumber: Buku Kompilasi Hidangan Kek Chef Hajah Noraini Zakaria

Bahan:
250 gm mentega
230 gm tepong kek (ibu guna tepong gandum) - ayak
1 sudu teh serbok penaik - ayak
200 gm gula kastor
50 gm kelapa parut kering
50 gm air susu
4 biji telor gred A
1 sudu teh esen vanilla
Sedikit pewarna merah & hijau

Cara:
Sediakan cup cake tray 12 lubang dan cawan kertas cup cake secukupnya
Panaskan ketuhar pada suhu 180C
Kelapa parut kering dibahagi 2 dan digaul dengan pewarna merah dan hijau. Biarkan ia kering sebentar
Pukul mentega dan gula kastor hingga kembang dan putih
Masukkan telor sebiji-sebiji sambil dipukul hingga sebati
Kemudian masukkan bahan ayak sedikit-sedikit sambil dikacau berselang-seli dengan air susu
Masukkan pula kelapa parut dan gaul lagi hingga rata
Tuangkan adunan kedalam cup cake tray. Bakar hingga masak

Nota ** Ibu guna suhu 160C dan bakar pada 18 minutes sahaja **





Sunday, 18 October 2015

Butter Cake

Sunday, 6 September, 2015 (22 Zulkaedah, 1436)

Kek Chocolate Moist Bakar

Kek chocolate yang sangat sedap pada ibu. Disaluti dengan buttercream dan chocolate ganache. Terimakasih Citarawan diatas resepi yang sedap nie. Sorry tak dapat nak tunjuk bahagian dalam kek.
Lupa nak snap gambar. 






Resepi Kek Chocolate Moist
Sumber: citarasawan.blogspot.com

Bahan A:
280 gm tepong gandum (ayak)
1 sudu kecik soda bicarbonate (ayak)
1 sudu kecil baking powder (ayak)
250 gm mentega / minyak sayur
300 gm gula castor
250 gm susu pekat manis
1 sudu teh esen vanilla
6 biji telor B (ibu guna A)
2 sudu kecil cuka makan (ibu guna cuka kurma)

Bahan B (Satukan semua bahan dan kacau menjadi pes koko) :
100 gm serbok koko 
60 gm gula castor
250 ml air panas

Cara:
Pukul mentega dan gula hingga kembang
Masukkan telor sebiji demi sebiji. Putar rata 
Masukkan susu pekat manis, esen vanilla & cuka makan. Putar sebati
Masukkan tepong berselang-seli dengan pes koko. Gaul hingga rata
Tuang ke dalam loyang 9 inci yang telah digris dan lapik kertas 
Bakar pada suhu 160C selama 1 jam atau sehingga masak

Resepi Buttercream
250 gm butter
250 gmcreamwell
200 gm gula icing (diayak)

Cara: 
Pukul butter dan creamwell hingga lembut
Masukkan gula icing dan pukul hingga sebati dan berkrim

Resepi Topping Chocolate Ganache:
Sumber: citarasawan.blogspot.com

300 gm dairy whipping cream
500 gm chocolate masakan
1/2 sudu besar mentega
2 sudu besar madu / sirap glukos 

Cara:
Panaskan whipping cream secara double boiler hingga berbuih ditepi periuk. 
Tutup api masukkan chocolate, mentega dan sirap glukos
Kacau hingga chocolate larut
Sejukkan sedikit dan tuang keatas kek

Cara Penyediaan Kek:
Potong kek kepada 2-3 bahagian
Ambil 1 bahagian kek sapu dengan buttercream
Letak lapisan kedua kek dan sapu dengan buttercream
Letak lapisan ketiga kek dan sapu dengan buttercream dikeseluruhan kek. Simpan dalam peti sejuk sekejap untuk mengeraskan buttercream
Keluarkan kek dari peti sejuk letak diatas redai dan tuang chocolate ganache
Ratakan chocolate dengan menggoyang kiri dan kanan sehingga chocolate merata keseluruhan kek

Baki chocolate boleh disimpan dalam peti sejuk selama 5 jam atau semalaman untuk membuat border atau hiasan








Roll Cake

Sunday, 30 August 2015 (15 Zulkaedah, 1436)

Benji Roll

Sekali lagi tempahan benji roll dari Cik Azizah, kawan kat tempat kerja ibu. Katanya anaknya suka sangat dengan kek nie. Terima kasih Cik Azizah. Alhamdulillah rezeki Allah bagi.






Kek Lapis

Sunday, 26 July 2015 (10 Syawal, 1436)

Kek Lapis Kastard Pandan

Emmmm.....sedapnya kek nie. Tak jemu dan tak muak makan. Kek kegemaran anak bongsu ibu. Ibu masih lagi dalam pembelajaran buat kek span. Kek span yang tak begitu cantik kejadiannya






Resepi Kek Lapis Pandan Kastard
Sumber : Buku Kompilasi Hidangan Kek (Untuk Kek Span- resepi asal kek span chocklate) &
Buku Variasi Kek Lapis (Untuk Kastard Pandan)  - Chef Hajah Noraini Zakaria

Bahan:
150 gm gula kastor
130 gm tepong kek (ayak)
1 sudu teh serbok penaik (ayak)
75 gm minyak sayur / masak
15 gm ovalette
5 biji telor A
60 gm air daun pandan + sedikit pewarna hijau

Cara:
Gaul ovalette dan gula kastor dalam mangkok adunan
Masukkan telor sebiji-sebiji sambil dipukul hingga sebati
Kemudian masukkan tepong kek bersama serbok penaik sedikit-sedikit sambil dikacau.
Pukul dengan kelajuan perlahan selama 2 minutes untuk sebatikan adunan. Tukar pada kelajuan tinggi selama 5 minutes hingga adunan kembang dan gebu
Perlahankan kelajuan dan tuangkan air pandan. Pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama 5 minutes lagi
Masukkan minyak sayur / masak dan gaul perlahan-lahan hingga sebati
Tuang adunan kedalam acuan. Bakar selama 45 minutes
Keluarkan kek dari ketuhar dan telangkupkan. Setelah 5 minutes pusingkan pada kedudukan asal. Tujuannya supaya kek tidak mendap

Potong Kek Kepada 2 - 3 bahagian

Bahan Kastard Pandan A:
Sumber: Buku Variasi Kek Lapis Chef Hajah Noraini Zakaria

180 gm gula kastor
500 ml air daun pandan (kisar 5 helai daun pandan bersama 500 ml air)
1 sudu makan serbok agar-agar segera

Bahan Kastard Pandan B:
400 ml santan pekat
85 gm tepong Hoen Kwee hijau
1 sudu teh pewarna hijau epal
Secubit garam

Bahan Kastard Pandan C:
100 gm non dairy whipping cream (pukul hingga kental)

Untuk Hiasan:
1 cawan kelapa kering (ibu warnakan dengan sedikit pewarna hijau)

Cara:
Campurkan semua bahan A dalam periuk. Masak diatas api sederhana sambil dikacau hingga mendidih dan gula hancur
Satukan bahan B dalam mangkuk dan digaul rata. Masukkan kedalam adunan A
Kacau diatas api yang sederhana hingga adunan pekat dan mendidih . Tapi jangan terlalu pekat nanti susah nak tuang atas kek. Angkat dari api dan sejukkan sebentar

Cara Menghias Kek:
Sediakan acuan bulat berukuran 8 inci x 4 inci yang boleh ditanggalkan bawahnya (loose tin)
Susun 1 lapisan kek span dalam acuan.
Tuang 1/3 kastard pandan keatas kek hingga menutupi keseluruhan dan sekeliling kek.
Letakkan lapisan kedua kek span dan tuang lagi krim kastard
Letakkan lapisan ketiga kek span dan tuang baki krim kastard sehingga habis. Hentak 2-3 kali untuk
memastikan keseluruhan kek diselaputi kastard pandan

Biarkan kek sejuk sebentar dan masukkan dalam peti sejuk

Keluarkan kek yang telah sejuk dan bolehlah disapu nipis dengan non dairy whipping cream pada keseluruhan kek . Salut dengan kelapa kering. Dan bolehlah dihias mengikut citarasa anda.

Nota ** Ibu menggunakan acuan 9 inci untuk bakar dan menghias kek **



Roll Cake

Tuesday, 21 July 2015 (5 Syawal, 1436)

Vanilla & Oreo Swissroll

Buat semasa cuti hari raya aidil fitri untuk kawan tempat kerja datang rumah.  Very moist, soft cake and of course sedap. Tak rugi menuntut ilmu dengan Chef Hajah Noraini Zakaria. Kek-kek yang dipelajari dari kelas beliau semuanya sedap-sedap belaka. Resepi nie juga boleh didapati dari buku Kompilasi Hidangan Kek beliau tapi untuk saiz kecil. Bagi yang ingin mencuba resepi ada kat bawah. Kalau malas order je dengan ibu.




Resepi Swissroll
Sumber :  Chef Hajah Noraini Zakaria

Bahan A:
250 gm gula kastor
20 gm ovalette
8 biji telor A

Bahan B:
200 gm tepong superfine (ibu guna tepong gandum)
40 gm tepong jagung
2 sudu teh serbok penaik

Bahan C:
80 gm air
1 sudu teh esen vanilla
120 gm mentega / majerine cair / minyak sayur
1 sudu teh chocolate emulco
30 - 40 gm serbok oreo (approximately - jangan banyak sangat nanti kek akan jadi kering)
Sedikit cincangan ceri hijau dan merah
Cream mentega secukupnya

Cara:
Satukan bahan A dan B dalam mangkuk adunan dan putar hingga gebu selama 5 minutes. High speed
Perlahankan kelajuan dan masukkan air yang telah dicampur dengan esen vanilla .
Putar semula selama 5 minutes lagi hingga pekat dan gebu. High speed
Mentega / majerin dicairkan dan biarkan ia sejuk sedikit
Perlahankan kelajuan dan masukkan mentega / majerin cair kedalam adunan dan gaul sebati
Ambil sedikit adunan dan campurkan dengan chocolate emulco. Ketepikan
Bahagi adunan kepada dua. 1 bahagian biarkan plain, 1 bahagian lagi dimasukkan serbok oreo
Masukkan adunan ke dalam loyang bersaiz 13 inci yang telah digris dan lapik kertas dan lorekkan atas permukaan kek dengan adunan chocolate emulco
Bakar pada suhu 180C selama 20 minutes hingga masak. Sejukkan 20 minutes

Resepi Buttercream:
250 gm butter
250 gm creamwell
200 gm gula icing (diayak)

Cara:
Pukul butter bersama creamwell hingga lembut
Masukkan gula icing dan pukul hingga sebati dan berkrim

Cara Penyediaan Kek:
Untuk kek plain cuma sapukan cream mentega dan gulung.
Untuk kek  perisa oreo sapukan cream mentega dan tabur dengan cincangan ceri hijau dan merah dan gulung.

Nota ** Ibu menggunakan loyang 10 inci. Ketebalan kek seperti dalam gambar **





Wednesday, 14 October 2015

Roll Cake

Sunday, 14 June 2015 (27 Shaaban, 1436)

Benji Roll

Tempahan benji roll oleh Cik Azizah kawan kat tempat kerja. Benji roll nie tercacat sikit.




Roll Cake

 Sunday, 7 June 2015 (20 Shaaban, 1436)

Benji Roll

Anaknda ibu mintak buatkan benjiroll katanya teringin nak makan. Resepi nie dapat semasa mengikuti kelas bahulu & swissroll Chef Hajah Noraini Zakaria . Jom kita tengok resepi kat bawah. InsyaAllah sedap dan moist.
  



Resepi Benji Roll
Sumber : Chef Hajah Noraini Zakaria

Bahan A:
240 gm gula kastor
25 gm ovalette
8 biji telor A
80 gm air

Bahan B:
240 gm tepong superfine (ibu guna tepong gandum)
1 sudu teh serbok penaik

Bahan C:
1 sudu teh esen vanilla
150 gm mentega cair / minyak sayur
4 jenis warna (ikut suka nak warna apa)
Cream mentega secukupnya

Cara:
Satukan bahan A dan B dalam mangkuk adunan dan putar kelajuan perlahan hingga sebati. Tukar kelajuan  tinggi dan putar selama 10 minutes hingga pekat dan gebu 
Tuangkan mentega cair / minyak sayur dan esen vanilla. Gaul sebati pada kelajuan perlahan
Bahagikan Adunan Kepada 2 bahagian. 1 Bahagian dimasukkan kedalam 2 loyang bersaiz 10 x 10 inci yang telah digris dan lapik dengan kertas serap minyak. Bakar hingga masak. Ketepikan
Satu bahagian lagi dibahagikan kepada 4 bahagian dan warnakan ikut warna kesukaan anda. Masukkan dalam loyang dan bakar. 

Resepi Buttercream:
250 gm butter
250 gm creamwell
200 gm gula icing (diayak)

Cara:
Pukul butter bersama creamwell hingga lembut 
Masukkan gula icing dan pukul hingga sebati dan berkrim

Cara Penyediaan Kek:
Ambil bahagian kek yang berwarna susun hingga 4 lapisan. Setiap lapisan disapu buttercream.

Potong kepada 2 bahagian. Ambil 1 bahagian dan dipotong lagi kepada 3 bahagian. 
Ambil 1 bahagian dari 3 bahagian tadi susun bertindih berlainan arah warna. Sapu buttercream sebelum ditindih untuk melekatkan kek. Buat yang sama pada 1 bahagian lagi. Tengok pada kek yang dah dipotong diatas dan anda akan faham. Each bungkus dengan kertas serap minyak dan simpan dalam fridge sekejab untuk mengeraskan kek yang telah disapu dengan buttercream

Ambil 1 bahagian yang tak berwarna sapu dengan buttercream dan letakkan 1 bahagian warna diatas kek (sebagai inti) dihadapan anda dan gulung. Buat yang sama pada 1 bahagian lagi.

Nota ** Ibu menggunakan loyang 9 inci untuk bahagian kek yg berwarna dan 9 1/2 inci pula untuk bahagian kek yang tak berwarna **






Butter Cake

Isnin, 1 June 2015 (14 Shaaban, 1436)

Russion Black & White Chocolate Cake

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada semua yang sudi berkunjung ke blog yang tak seberapa nie. Lama betul tak bersiaran diatas sebab-sebab yang tak dapat nak dielakkan. Hari nie meh kita kongsi resepi kek yang memang sangat-sangat sedap. Nie boleh dikatakan ketinggalan zamanlah, orang dah lama buat tapi ibu baru nak cuba. Tapi takpe kot lebih baik lambat dari tak cuba langsung. Ye tak ? Inspired dari blog hanamemories, tetapi ibu tidak meggunakan resepi kek hana sebaliknya menggunakan resepi kek chef hanieliza. Kek Hana memang cantik dan menggoda. Kita salin semula resepinye kat sini ye untuk future reference.






Resepi Kek Chocolate
sumber : Chef Hanieliza

Bahan A:
250 gm butter
250 gm gula perang
4 biji telor B (ibu guna A)
1 sudu kecil esen vanilla
250 ml susu segar

Bahan B (Ayak)
290 gm tepong gandum
50 gm serbok koko
1 sudu kecil nescafe instant
1 sudu besar baking powder
1/2 sudu kecil soda bicarbonate

Cara:
Butter  dan gula dipukul sehingga kembang
Masukkan telor satu persatu. Pukul lagi
Masukkan esen vanilla
Masukkan Bahan B yang telah diayak berselang seli dengan susu segar. Kacau rata
Masukkan dalam loyang 9 inci dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan . Suhu 170'C selama 45 minutes atau sehingga masak

Resepi Chocolate Ganache
sumber : hanamemories.blogspot.com

200 ml dairy whipping cream
500 gm chocolate masakan (seeloknya guna chocolate compound)
1 sudu besar air panas
2 sudu besar sirap glukos (ibu guna madu je)
2 sudu besar butter

Cara: 
Panaskan dairy whipping cream (tak perlu mendidih)
Masukkan air panas, butter & sirap glukos. Kacau sebati
Angkat dari api dan masukkan chocolate masakan. Kacau sehingga chocolate cair
Sejukkan dahulu sebelum guna (seeloknya semalaman (suhu bilik) supaya mudah untuk paip keatas kek). Jika nak cepat masukkan peti ais sebentar

Resepi Coffee Cream Cheese
sumber : hanamemories.blogspot.com

500 gm cream cheese
1 cawan butter lembut
1 cawan gula icing
1 peket coffee 3 in 1

Cara:
Putar semua sebati dan halus dan sedia untuk digunakan

Cara Penyediaan Kek:

Masukkan chocolate ganache dalam piping bag - potong sedikit di hujung
Masukkan cream cheese dalam piping bag - potong sedikit di hujung

Potong kek kepada 3 atau 4 lapisan
Letakkan satu lapisan diatas papan kek
Paipkan cream cheese dan chocolate ganache diatas kek membentuk lingkaran secara berselag seli.
(Lingkaran cream cheese, chocolate ganache, cream cheese, chocolate ganache........). Untuk lebih details boleh lihat diblog hanamemories

Buat yang sama di lapisan kek yang kedua dan seterusnya

Untuk lapisan terakhir hanya sapukan baki cream cheese diatas dan sekeliling kek

Akhir sekali tuang baki chocolate ganache ke atas kek. Jika ganache sudah membeku atau mengeras, panaskan semula secara double boiler sekejap dan terus tuang atas kek

Sejukkan dahulu baru potong dan hidang