Saturday, 8 November 2014

Muffin




 8/11/2014 - Alhamdulillah , minggu keempat muffin ready to go untuk diletakkan dikedai sambal kicap kota, Danaukota.

Saturday, 1 November 2014

Muffin







01/11/2014 - Alhamdulillah, minggu ketiga, mufin dan yam/manggo dadih sedia untuk dihantar kekedai Sambal Kicap Kota, Danaukota. 

Friday, 31 October 2014

Brownie







29/10/2014 - Dua biji marble cheese brownie yang dihasilkan. Satu untuk makan sendiri dan satu lagi untuk dikongsikan dengan kawan-kawan. Brownie nie memang best. Sedap. Resepi nie ibu dapat hasil pergi belajar dengan sifu maklangazie. Belajarnya dah lama tahun 2010 tapi pada tarikh yang tertera tu barulah nak mencubanya. Brownie nie sebenarnya adalah gabungan dua resepi. Bahagian cokolat ibu menggunakan resepi maklangazie dan bahagian atas ibu guna resepi dari buku cake & biskut chef Hanieliza sebab ibu nak bahagian cheese yang tebal sikit. Emm nyum nyum seedap.



 .

Dadih



25/10/2014 - Dadih perisa anggur dan orange. Sedap dadih nie. Sedap dimakan sejuk. Budak-budak suka nie. Bukan budak je orang dewasa pun suka ye dak. Sesuai juga untuk apa-apa majlis.


Muffin

 




25/10/2014 - Assorted mufin minggu kedua letak kat kedai kawan.





Muffin



18/10/2014 - Assorted muffin untuk letak kat kedai kawan di Danau Kota Food Court. Jika anda ingin nak rasa bolehlah dapatkannya di kedai Sambal Kicap Kota.

Brownie



14/10/2014 - Chocolate brownie lagi.

Brownie



7/10/2014 - Chocolate brownie yang sangat moist dan memang terasa betul kecokelatannya. Ditaburi pula dengan hirisan badam rangup. Memang best brownie nie.  

Muffin



14/9/2014 - Tuna mufin, buat untuk bekalan masa nak gi mandi sungai. Sedap gak mufin nie, makan masa masih panas dengan cili sos bertambah-tambahlah sedapnya. Thanks yani/myresepi for the recipe.



Wednesday, 10 September 2014

Muffin






10/9/2014 - Crumble coconut muffin,Double chocolate muffin & Vanilla muffin. Mufin yang memang sedaplah pada tekak ibu dan mendapat good comment dari orang-orang yang telah merasa mufin nie. Terimakasih ibu ucapkan pada empunya recipe, ummi, teratakimpian & hanamemories.

Pie






9/9/2014 - Yummylicious chicken pie. Percubaan kedua, masih menggunakan recipe yang sama tapi kali nie ibu buat thin crust dengan inti yang moist gitu, tambah slice telur untuk menambahkan kesedapannya. Memang marvellous chicken pie nie. Thanks brother Rozzan for a wonderfull recipe.

Saturday, 9 August 2014

Kek Lapis



3/8/2014 - Kek lapis asam manis buat untuk hubby makan-makan hari raya kat office Isnin 4/8/2014.










Sunday, 3 August 2014

Kek Lapis



25/7/2014 - 2 biji kek lapis oreo dibeli oleh Samsiah. Terima kasih .


Aneka Kek Gulung & Tart





9/6/2014 - 8 kek gulung (swissroll/benjiroll) dan 40 biji apple tart dibeli oleh En. Aziz. Terima kasih 

Saturday, 24 May 2014

Kek Gulung




28/4/2014 - Benjiroll lagi, tapi nie jelah yang dapat diselamatkan, yang lain dah habis kena makan. Sebenarnya selalu sangat buat benjiroll nie sebab anak-anak dan suami yang tersayang suka makan.



Tartlet




18/3/2014 - Blueberry cheese tart & strawberry cheese tart. Try new resepi. Sumber resepi untuk tart shell dari blog myresepi/NisaMPB dan inti cheese pula dari buku resipe cake & biskut Hanieliza. Alhamdullah memang sedap dan definately akan buat dan buat dan buat lagi. Jika anda nak cuba, dapatkanlah resepi dari sumber yang disebutkan. 







Tartlet



15/3/2014 - 50 tart kastard  dengan coklat drizzle. Separuh ditabur dengan color ball separuh lagi                   ditabur dengan assorted flakes dibeli oleh Colleen, my friend untuk majlis sambutan harijani anak dia.




Tartlet






 23/2/2014 - Fruit tart buat untuk makan-makan sekeluarga. Saja nak cuba brand Mauri instance kastard.      Alhamdulillah sedap.