Thursday, 23 February 2012

Walnut Oreo Brownie



Brownie yang sangat terasa coklatnya, ditambah pula dengan kacang walnut dan oreo biskut..

Soft Butter Cake/Tiga Rasa




Kek yang lembut dan lembab. Berperisa strawberry, vanilla dan coklat.  I looove this kek.

Friday, 3 February 2012

Kek Lobak Merah



3/2/2012 - 2086g Kek lobak merah tanpa frosting di beli sekali lagi oleh En. Ramli - neighbour. Tapi kali nie En. Ramli minta dituliskan "Selamat Hai Jadi". Alhamdulillah syukur keatas rezeki yang Allah bagi. 

Sausage Roll


Emm, yum yum. Jom makan jom. Roti sausage nilah yang ibu selalu beli buat sarapan sebelum start kerja.  Seketul RM1.20 tu. Jadi, sempena cuti umum WP hari tu, ibupun cubalah buat. Taklah sesusah manapun nak buat. Yang penting mesti ada sausage tak kiralah sausage daging lembu ke ayam ke, pas tu mesti ada telur dan roti sandwich, ibu guna roti gardenia.

Cara ibu buat senang je, bahan dia cuma
10 keping roti sandwich (ibu guna jenama gardenia)
10 ketul sausage daging lembu / ayam (ibu guna jenama ramli)
4-5 biji telur ayam
Sedikit gula & lada hitam
Minyak untuk menggoreng

Telur dipukul ringan bersama sedikit gula dan lada sulah - garam tak perlu sebab sausage dah masin
Ambil sekeping roti letakkan seketul sausage ditengah dan lekatkan dengan sedikit telur
Buat sampai habis
Panaskan minyak untuk menggoreng
Celupkan roti kedalam telur dan goreng menggunakan api perlahan

Lepas tu makanlah bersama keluarga yang tercinta